Tuesday 13 May 2014

Campus Life

Bulan tak muncul di dada langit. Bintang yang berkerdipan seumpama kerongsang permata pada malam hari juga tidak menunjukkan diri. Malam yang sunyi hanya ditemani bunyi cengkerik dan yer aku masih lagi di hadapan laptop sambil berkarya di blog usang ni. (pendahuluan kena  kasi ayat dramatis sikit baru ada sense nak baca entry ni kan haha)

Bosan. Aku bosan. Bosan tahap tak tahu nak kata apa. You all buat apa semester break ni gaiss? Aku? Aku dah terasa mahu pecah gegendang telinga, mak asyik kata aku menternak lemak di badan. Oh stressnya ! Kalaulah aku jadi Cinderella dah lama aku tempah tiket kapal terbang kelas pertama & fly pergi shopping dekat London. Kemudian, aku mahu makan tengah hari di Eiffel Tower Paris sebelum terbang lagi ke Italy bagi makan ice cream paling sedap di dunia ! Itu namanya percutian menternak lemak di badan lagi. Apa salahnya? Sudah namanya Cinderella. Suka hati aku lah ! Tapi....aku bukan cinderella sebab aku hanya anak perempuan PakCik Nordin, hahahaha. See, berangan lagi !

Okay back to our topic, campus life. Dee tahu sekarang ni ramai budak lepasan spm ( kau tahu spm tu apa? Ahh spm tu bagi aku adalah detik kemuncak stress pelajar di Malaysia ! ) tengah pening nak extend korang punya study kat mana, kan? Nahh, matriks is the best place sebab its a fast track study so nanti kau belajar je setahun then terus boleh sambung degree. Berbaloi bukan? Janji pointer korang tiptop lah.

Nak cerita sikit, aku ni student Kolej Matrikulasi Gopeng, Perak (KMPK). First-first dapat dekat sini kuciwa gila haha whyy? Sape je yang nak belajar kat dalam hutan tu yang cuma ada bukit bukau gunung ganang & hanya dikelilingi dengan lautan pokok kelapa sawit yang scary gila nak mati (acah-acah je) Tapi bila dah register kat matriks ni, awesome perghh !

Apa yang ada dekat KMPK?

Semua ada ! Haha okay biar Kek Dee talk forward.

1) Enam lecture hall yang air-cond dia memang work-so-right. Lecture hall of course tempat belajar kan, tapi bila weekend or ada event diorang selalu buat movie night kat situ.

2) Anjung Siswa. Apa yang best kat sini is akan ada launching of any event yang gempak gempak wooo.

3) Kedai Siswa a.k.a KSIS. Kedai ni kau cakap je apa yang kau nak semua ada. Bila kau masuk memang kau kena hadap kakak yang kerja kat situ please beware sebab dia hangin sikit haha.

4) Terminal Siswa. Kat sini korang boleh beli tiket nak balik kampung or else korang nak outing so boleh berhubung dengan Cik Mus (orang famous terminal siswa yang sempoi chills dengan students)

5) Klinik Siswa. Klinik siswa ni beroperasi pagi je. (waktu beroperasi aku dah lupa sebab sepanjang setahun aku stay kat kmpk sekali je aku singgah klinik ni, so kalau nak tahu sila rujuk portal rasmi kmpk hehe) & kalau nak dapat MC memang susah sebab doktor yang berkerja kat sini cerewet sangat. Kalau nak MC korang better pergi klinik luar cakap je nak MC terus dapat. (sedikit tips aku rasa)

6) Dataran. Kat sini selalu diorang buat movie bila weekend or ada event pape.

7) Gym. Kmpk ada gym woi (terasa hebat) haha bila petang-petang pergi gym boleh hilangkan stress korang its working sometimes !

8) Blok asrama perempuan SERI KERIAN, SERI INTAN, SERI TEJA. Yang paling best is Intan sebab ada wifi & stay in middle haha.

9) Blok asrama lelaki SERI IPOH & SERI ISKANDAR.

10) Padang. Of course semua matriks ada padang tapi apa yang lain sangat kat padang kmpk ni? Kalau nak tahu sila register kat kmpk ok? hahaha girls selalu lepak petang petang dekat padang tengok abang yang badan ketak-ketak main rugby !

11) Masjid Al-Maghfirah. The calm & peaceful place ever is dekat masjid. Selain datang solat, korang boleh datang belajar jugak kat masjid. Masjid kmpk ni special sikit sebab dikelilingi dengan kolam ikan. Cantik ! & pihak masjid selalu buat iftar setiap hari isnin & khamis, lepastu korang boleh rasa makan dalam talam.

12) UFO. Kmpk ni ada UFO. Kelas kau jahh! Kalau nak tahu macammana UFO tu datang lah kat kmpk.

13) Padang golf. Kat sini jarang orang main golf tapi yang ramai ramai pergi semua nak ambil gambar je. Sebab view kat sini lawa sangat !

14) Cafe. Happy to say that matrik gopeng ni ada 6 cafe semua. Hebat bukan? So korang boleh pilih cafe mana yang korang nak makan. Melalui kajian aku, cafe kat sini semuanya ada kipas di setiap penjuru & ada sinki yang bersih dan tidak tersumbat mahupun berlumut.

15) Bilik. Empat orang satu bilik. Luas & selesa. Korang will be provided dengan satu locker/closet, meja study & katil yang tilamnya sangat empuk

16) Dewan Seri Kinta. Dewan ni mungkin selesa sikit kalau pihak kolej upgrade letak air-cond haha. Bila minggu orientasi nanti kadang-kadang hall ni dah jadi macam tin ikan sardin.

17) Pusat Sumber. Library kat sini sangat happening sebab even kau masuk nak study time study week pun but still, macam pfttt students kat sini bising manjang but jangan risau kita ada librarian yang kacak kacak & lawa lawa haha.

18) Cubicle. Dekat sini you all boleh datang jumpa lecturers kesayangan korang!  

Banyak lagi benda menarik kat kmpk ni. Tapi aku rasa cukuplah aku dah bebel panjang pasal campus ni. So jangan ragu ragu kalau dapat kmpk korang datang je register. Kmpk awesome perghh !

Pintu Gerbang Kolej Matrikulasi Perak

View from blok lelaki

Bangunan. Bilik tutor. Library.

Masjid Al-Maghfirah Kmpk

Suasana semasa hari pendaftaran.



-Kek Dee-

No comments:

Post a Comment