Monday 12 May 2014

Senarai Kesyukuran Dee

1. Saya bersyukur sebab masih ada emak & ayah.

2. Saya bersyukur dilahirkan sempurna fizikal dan mental. Dua tangan saya cukup sepuluh jari, mata ada sepasang (alhamdulillah tak rabun so tak perlu saya jadi rabbit nak kena makan carrot hari-hari)

3. Saya bersyukur dilahirkan sebagai perempuan sebab saya suka pakai pelembab bibir (lips balm) untuk bibir saya yang sering kering ni *obuse liptint*

4. Saya bersyukur sebab tak perlu pakai bedak mahal untuk muka saya. Bedak bayi pun sudah cukup menaikkan seri wajah saya.

5.Saya bersyukur sebab berpeluang menjadi pelajar sekolah kluster even setahun je. (QBEMZZZ)

6.Saya bersyukur sebab saya sudah bertekad menjadi pelajar yang sedikit berani, sedikit lasak dan tidak lembik !

7. Saya bersyukur sebab dapat duduk paling depan dalam dewan kuliah setiap kali lecture.

8. Saya bersyukur diberi keupayaan mencatat segala luahan hati di blog ini.

9. Saya bersyukur blog ini diterima pembaca dan tiada yang memaki hamun saya kerana marah dengan cerita yang saya tulis.

10. Saya bersyukur biarpun tidak mampu berbelanja mewah, saya masih dapat menikmati makanan yang enak lagi sedap cause mak is the best cook ever.

11. Saya bersyukur sebab saya tak gemuk even sebenarnya saya makan banyak (slim)

12. Saya bersyukur sebab takde masalah pimples yang kronik.

13. Saya bersyukur sebab rambut & kulit saya tak manja. Saya tak mampu beli shampoo mahal & pencuci muka yang branded. Saya sental je muka & rambut pakai sabun Lux.

14. Saya bersyukur ayah saya tak kahwin empat. (jadi bolehlah ayah fokuskan dekat satu famili je)

15. Saya bersyukur sebab both my parents sihat walafiat. Alhamdulillah.

16. Saya bersyukur sebab apabila mak & ayah pening, they all cuma perlukan pain killer & minyak angin je.

17. Saya bersyukur biarpun saya tak secantik Lana Del Rey tapi saya tetap manis dan comel (hahahaha)

18. Saya bersyukur kerana dilahirkan sebagai Islam.

19. Saya bersyukur kerana saya bukan pendendam.

20. Saya bersyukur kerana menjadi warganegara Malaysia (aman lagi harmoni)

21. Saya bersyukur negara saya tiada gempa bumi dan gunung berapi.

22. Saya bersyukur kerana masih ada rumah untuk tinggal dan tidak perlu tidur dibawah jambatan.

23. Saya bersyukur sebab masih mampu bersolat lima waktu.

24. Saya bersyukur sebab saya tak pernah kena histeria sepanjang stay dekat asrama.

25. Saya bersyukur kerana tidak ada penyakit yang kronik (gastrik is normal isnt it?)

26. Saya bersyukur kerana selalu tak mengantuk dikala malam hari jadi saya boleh melayan blog sambil dengar lagu dari favorite singers (LDR, Kinna Grannis/Yael Naim etc) sambil minum cool-blog buatan sendiri.

27. Saya bersyukur kerana ada kawan-kawan yang baik & memahami diri saya.

28. Saya bersyukur kerana masih dapat berfikir semua perkara yang membuatkan saya rasa bersyukur.

29. Saya bersyukur digerakkan hati untuk meluahkan rasa syukur ini.

30. Saya bersyukur kerana semua nikmat Allah beri ni terlalu banyak sebenarnya untuk saya senaraikan. Cukuplah yang ini dahulu dan sekali lagi saya rasa bersyukur kerana kalian sudi membaca senarai ini sehingga habis.

Selamat Malam
-Kek Dee-

1 comment:

  1. How to Read a Baccarat Game - The Urban Dictionary
    The casino game is played in two or more 메리트카지노 hands. To begin, players pick the winner of the game with a wager that febcasino covers the odds of the worrione dealer winning, and

    ReplyDelete